Friday, August 7, 2015

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ - Girang Syawal Tiba

Pada malam 7 Ogos 2015, saya dijemput menghadiri Majlist Rumah Terbuka MYDIN USJ.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin! Jika sebelum ini rumah terbuka Aidilfitri MYDIN 2014 diadakan di MYDIN MiTC, Melaka dan MYDIN Meru Raya, Ipoh, Perak. Kali ini, Majlis Rumah Terbuka MYDIN 2015, Girang Syawal Tiba diadakan di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan!
Gambar atas kredit ke faebook MYDIN MALAYSIA

Menjelang Syawal pada saban tahun telah menjadi satu agenda tahunan di dalam kalendar kehidupan umat Islam untuk merayakan hari yang penuh bermakna iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai ekspresi dan persediaan masyarakat Islam dapat dilihat dalam merayakan hari kemenangan ini dengan menampilkan cita rasa masing-masing dengan cara dan rona berpakaian yang sedondon, hiasan rumah yang indah berkelipan, jamuan makanan dan aneka kuih-muih yang menyelerakan, budaya ziarah- menziarahi serta bermaaf-maafan sesama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Orang ramai sedang menuggu untuk majlis rumah terbuka di MYDIN USJ.

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ 2015 diadakan untuk berkongsi rasa kegirangan dan kemeriahan syawal tahun ini bersama-sama komuniti setempat khususnya para pelanggan setia MYDIN.

Masyrarakat multietnik yang terdiri daripada penduduk setempat dan para pelanggan MYDIN USJ, Subang Jaya berkumpul bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan usia untuk meraikan sambutan Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ. Majlis komuniti yang berasaskan sambutan perayaan seperti ini diyakini mampu menyemai nilai-nilai murni seperti mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan rasa bermuafakat dalam kelangan masyarakat yang multinasional.

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ diserikan dengan kehadiran Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama 15 orang anak-anak firtrah Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan 25 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Jaya. Pastinya Majlis Rumah Terbuka MYDIN kali ini bertambah meriah kerana diacarakan oleh dua figura hebat iaitu Azza Ellite dan Zul Yahya. Tujuh orang artis jemputan seperti 
Adam Corrie
Wani (Juara Kamilah Bintang Astro)
Siti Nordiana
Thalia Mentor (Protege Ziana Zain)
Lan Kristal
Aweera
Noorkhiriah 
dan Shaheizy Sam turut mengimarahkan Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ kali ini.

Lima hadiah pertama cabutan bertuah Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ kali ini adalah sebuah 
TV Sharp LED 60 inci, 
TV Toshiba LED HD 40 inci, 
Samsung Home Theatre,
Samsung Microwave 
dan Samsung 2 Door Refregerator.

Hadiah - hadiah menarik yang lain seperti Mesin Basuh Toshiba 9kg, Mesin Pengisar Sharp, cerek eletrik, Sharp Air Purifier dan Samsung Vaccum juga sudah siap siaga menati para pemenang cabutan bertuah. 

Semua pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ. Mereka hanya perlu berbelanja RM30 dalam satu resit pembelian dan menghantar penyertaan di Kaunter Informati MYDIN Mall USJ bermula dari 1 Ogos 2015.
Penyertaan ini ditutup pukup 7.00, pada 7 Ogos 2015 malam dan sesi cabutan bertuah akan dimulakan dua jam kemudian iaitu pukul 9 malam.


Para pelanggan juga disajikan dengan pelbagai hidangan makanan seperi nasi hujan panas, nasi tomato, nasi goreng, soto ayam, kambing golek, ketupat, rendang, soto ayam, rojak penang, lontong, lemang, sate, aiskrim goyang dan banyak lagi di 14 buah gerai secara
PERCUMA!
Pelbagai activiti menarik seperti cabutan bertuah, kuiz, persembahan Junior Clown, persembahan Stilt Walker (Berbaju Melayu), persembahan Street Magician, persembahan nyanyian daripada artis-artis jemputan dan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak fitrah. 

Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak fitrah



Untuk mengikut perkembangan dan aktiviti dan promosi MYDIN boleh didapati secara terus di:



1 comment:

  1. looks like so much fun... miss catching up with you.... hugs

    ReplyDelete

Have a good day, leave me a comment if you like this post.

After this you can visit my wifey blog www.mymumbest.com
My kid blogger blog http://mykidshopping.blogspot.com

Thanks a lot,