Tuesday, December 9, 2014

DISNEY JUNIOR LANCARKAN LAMAN WEB INTERAKTIF BARU - ‘PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD’

 Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior bermula dari 9 Disember 2014.

Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.

Cerita dan watak ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka.

Rakan-rakan kempen – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura


WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior kerana kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat,

Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

Sebagai ibu bapa, kami boleh memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web - www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar etos berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.

No comments:

Post a Comment

Have a good day, leave me a comment if you like this post.

After this you can visit my wifey blog www.mymumbest.com
My kid blogger blog http://mykidshopping.blogspot.com

Thanks a lot,