Friday, May 18, 2018

Majlis Perlancaran Girang Syawal Tiba 2018

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, masa berlalu dengan cepat. Sekarang dah bulan Mei, Khami 16 Mei 2018 di Subang Jaya ada majlis pelancaran Girang Syawal Tiba 2018.



"Begitu cepat masa berlalu, tahun 2018 telahpun menghampiri pertengahan tahun. Pelbagai peristiwa dan sambutan telah dirai bersama.  InshaAllah, esok pula umat islam akan mula berpuasa ramadan selama sebulan. Saban tahun, MYDIN sentiasa menjadi tumpuan orang ramai membeli barangan keperluan dan kelengkapan, bagi menyambut ramadan juga meraikan hari raya. Alhamdulilah, sebagai rangkaian peruncitan ilk anak tempatan, memberikan kelebihan kepada kami, untuk memahami keperluan dan citarasa penduduk tempatan. Terima kasih kepada para pelanggan setia MYDIN, kerana memilih MYDIN sebagai tempat untuk membeli barangan keperluan seharian dan juga kelengkapan pada musim - musim perayaan. Teruskan sokongan anda untuk berbelanja di MYDIN. Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!."
 Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.
fashion show

Ramadan datang lagi! Marilah sama-sama kita menghayati bulan yang penuh keberkatan ini. Sempena Ramdan dan Syawal yang bakal tiba, MYDIN telah menyediakan pelbagai jenis kurma untuk berbuka puasa, program - program dan peraduan yang untuk disertai, Bazaar Ramadan yang menjual pelbagai menu untuk berbuka dan juga menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan kelengkapan hari raya dengan harga perpatutan untuk para pelanggan. Istimewa juga pada tahun ini, buat pertama kali MYDIN membuat kejutan dengan tema Ramadan Raya MYDIN pada tahun ini.
Lagu Raya tersebut dinyanyikan olen enam artis di bawah naungan syarikat sambutan rakaman FMN
iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Imann, Zoey Rahman dan Ernie Zakri. Dengan adanya lagu raya 'Girang Syawal Tiba' ini, akan menghangatkan lagi sausana sambutan hari raya pada tahun ini. Bukan itu sahaja, penggambaran klip video raya juga diadakan di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Iklas, Puchong. Selain daripada memberikan keceriaan kepada mereka, kami juga ingin menyampaikan mesej kepada semua bahawa warga emas tidak harus dilupakan, lebih-lebih lagi dihari lebaran.

fashion show
 Girang Syawal Tiba 2018 ini juga, akan menampilkan koleksi-koleksi baju raya MYDIN yang pelbagai dengan jenama MIKAYLA untuk pakaian wanita dan MIKHAIL untuk pakain lelaki yang diperagakan oleh model dan artis-artis terkenal tanahair.



Kurma Mariami dan aksesori yang menarik boleh dibeli di MYDIN

Sepertimana tahun=tahun lepas, setiap kali bulan Ramadan, MYDIN akan menjual pelbagai jenis kurma untuk persediaan berbuka puasa. Kurma-kurma ini didatangkan khas dari Timur Tengah.

Selain daripada itu, bagi memudahkan para pengunjung MYDIN mendapatkan juadah untuk berbuka puasa, MYDIN mengadakan Bazar Ramadan yang terletak di dalam semua pasar raya yang menjual lebih daripada RM200 juadah untuk berbuka. Juadah-juadah ini dimasak sendiri oleh chef MYDIN, yang dibuka setiap hari bermula pada 3.00 petang hingga 7.30 malam. Pelanggan bukan sahaja tidak perlu bersesak-sesak untuk membeli juadah berbuka puasa, malahan memudahkan para pelanggan yang datang membeli belah juadah berbuaka puasa, malahan memudahkan para pelanggan yang membeli belah, tidak perlu tergesa-gesa pulang untuk membeli juadah di luar.


Majlis Pelancaran Girang Syawal Tiba 2018 dihardi oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusuan Mydin Mohamed Holdings Bhd berserta barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN yang lain . Turut hadir juga, rakan-rakan media dan para pembekal.

Untuk tengok lebih banyak photo masa Fesyen Show boleh click album Facebook. Di MYDIN, para pelanggan berpeluang menyertai aktiviti bersama artis tanah air seperti FAIZAL TAHIR, ANIS NABILA dan juga AMYRA ROSLI yang membawakan oleh rakan pembekal MYDIN seperti GSK, MAGGI, DKSH dan juga P&G. Terdapat kempen khusus bersama pembekal untuk para pelanggan seperti 'purchase with purchase' dengan kerjasama P&G, peraduan JOM BALIK KAMPUNG BERSAA AMPI PUR dan juga WOW BONANZAA AIDILFILTRI bersama NESTLE. PERADUAN BALIK KAMPUNG mempunaya hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Kepada para pelanggan yang menaiki GRAB ke MYDIN boleh mengunakkan discount kod bagi trip ke MYDIN. 
"GRABJEKEMYDIN" dengan GRAB!
Dapatkan diskaun RM5.00 bagi trip ke MYDIN berhampiran anda!
Dengan kod promosi ‘GRABJEKEMYDIN’
'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!'


gambar credit ke Facebook MYDIN Malaysia
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan pelbagai promosi dan activiti sila layan Facebook MYDIN MALAYSIA. Bagi mereka yang suka menyertai contests dan peraduan, sekarang ada photobooth peraduan dari 17 May 2018 – 15th June 2018! Sila pergi Facebook MYDIN Malaysia untuk cara pernyertaan. Peraduan Instagram dengan #mydinMalaysia dan #girangsyawaltiba.








No comments:

Post a Comment

Have a good day, leave me a comment if you like this post.

After this you can visit my wifey blog www.mymumbest.com
My kid blogger blog http://mykidshopping.blogspot.com

Thanks a lot,